Monday, February 8, 2010

Semakan Permohonan Ke Matrikulasi KPM Sesi 2010/2011
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang sudah membuat permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011 boleh menyemak dan mengemas kini permohonan mereka.

* Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat mulai 8 Februari sehingga 19 Februari 2010.
Semak disini: http://apps.emoe.gov.my/permohonan_matrikulasi/kemaskini/index.cfm
* Semakan dan kemaskini permohonan matrikulasi ini boleh dibuat di laman web Perkhidmatan Aplikasi Dalam Talian Kementerian Pelajaran, Semakan Permohonan Program Matrikulasi Kementerian Pelajaran sesi 2010/2011.
* Pelajar hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan dan angka giliran SPM untuk membuat pindaan.
* Proses semakan ini dibuka bagi memberi peluang pelajar yang telah membuat permohonan mengemas kini atau membetulkan mengenai maklumat diri, alamat, nombor telefon, e-mel dan kolej pilihan.
* Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut sila hubungi talian bantuan Bahagian Matrikulasi di 03 8884 4100 atau kunjungi laman web Bahagian Matrikulasi.
* Talian bantuan ini boleh dihubungi mulai 8 Februari sehingga 19 Februari dari jam 8.30 pagi hingga 4 petang pada hari bekerja sahaja.

No comments: