Wednesday, December 30, 2009

 Semakan Penempatan Guru Yang Telah Tamat Mengikuti KPLI
Penempatan Guru Yang Telah Tamat Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) telah dibuka untuk semakan bermula 30 Disember 2009.

Sila buat semakan disini:
http://apps.emoe.gov.my/spg/semakan/index.cfm

Sebarang pertanyaan, sila rujuk ke:
    * Sektor Pengurusan Sekolah Rendah di talian 03-88849586

Wednesday, December 23, 2009

 Keputusan Permohonan Kemasukan Ke Sekolah Berasrama Penuh Tingkatan 1 2010
Para pelajar yang telah menduduki UPSR 2009 dan ada memohon memasuki Tingkatan 1 2010 di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Kementerian Pelajaran Malaysia sudah boleh menyemak keputusan permohonan mereka secara online.
Hanya 6,600 pelajar daripada 95,286 permohonan terpilih untuk meneruskan pengajian mereka ke Tingkatan Satu SBP bagi tahun 2010.

Semakan Permohonan

e-Rayuan

  • Manakala bagi yang tidak berjaya mendapat tempat, mereka boleh membuat rayuan secara online.
  • Laman web untuk membuat rayuan kemasukan ke Tingkatan 1 SBP 2010 adalah di Sistem e-Rayuan Atas Talian Ke SBP Tingkatan 4 Sesi 2009.
  • Tempoh rayuan adalah 20 hari, bermula 23 Disember sehingga 12 Januari 2010.
  • Keputusan rayuan tertakluk kepada kekosongan tempat yang ada setelah proses pendaftaran murid yang menerima tawaran.

Pendaftaran Pelajar Baru

  • Pelajar yang berjaya mendapat tawaran ke Tingkatan 1 SBP 2010 perlu mendaftar ke SBP yang berkenaan pada 11 Januari 2010.
Seramai 517,908 murid darjah enam menduduki peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun ini, dan daripada jumlah itu seramai 48,171 berjaya memperoleh A bagi setiap mata pelajaran yang diambil.

Tuesday, December 22, 2009

Penempatan Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSST) Yang Telah Tamat Mengikuti Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
Semakan bermula 21 Disember 2009.
Sila buat semakan disini:
http://apps.emoe.gov.my/spg/

Thursday, December 17, 2009

PMR RESULTS
KUALA LUMPUR: The results of the 2009 Penilaian Menengah Rendah (PMR) examination will be announced on Dec 24, Education director-general Datuk Alimuddin Mohd Dom said on Thursday.
Students can obtain the results from their schools from 10am on that day while private candidates will receive theirs by mail, he said in a statement.
A total of 475,182 candidates sat for the examination. - Bernama

Thursday, December 3, 2009

eMathematics
Finding solutions for Mathematics problem/ question? Try to find it here:
http://www.wolframalpha.com/

Tuesday, December 1, 2009

MAKLUMAT MENGENAI PENGGUNAAN KALKULATOR SAINTIFIK SEMASA PEPERIKSAAN
Kenyataan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia:
Kementerian Pelajaran Malaysia(KPM) ingin merujuk kepada Berita dalam akhbar Berita Harian bertarikh 24 November 2009
(CALON SPM DIHALANG GUNA KALKULATOR).
Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM), KPM ingin mengucapkan terima kasih dan mengambil maklum tentang keprihatinan terhadap
perkara ini.
LPM, KPM ingin menjelaskan bahawa setiap calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dibenarkan unutk membawa masuk ke
dewan/bilik peperiksaan kalkulator saintifik yang tidak boleh diprogramkan. Untuk makluman, syarat penggunaan kalkulator adalah
seperti dalam syarat yang terdapat dalam buku peraturan dan panduan peperiksaan SPM 2009 (sila rujuk Lampiran D, m/s 62).
Spesifikasi am bagi kalkulator yang dibenarkan adalah seperti berikut:
- Mematuhi prinsip pengiraan operasi matematik
- Mempunyai paparan sekurang-kurangnya 8 digit dengan tambahan dengan 2 digit Eksponen.
- Tidak boleh diprogramkan
- Boleh menukar unit darjah kepada unit radian dan sebaliknya.
- Boleh menukar pecahan kepada perpuluhan dan sebaliknya
- Boleh menyimpan nilai sesuatu nombor (memory)
Oleh yang demikian hanya ciri-ciri yang tersebut sahaja dibenarkan. LPM tidak dapat memperincikan jenis atau jenama kalkulator
yang tepat yang boleh dibawa oleh calon ke dalam dewan/bilik peperiksaan kerana terlalu banyak ciri-ciri dan jenis kalkulator
yang ada di pasaran.
Walau bagaimanapun, kalkulator Casio fx570ES dan Casio fx570MS memenuhi spesifikasi di atas dan boleh digunakan untuk
peperiksaan. Sehubungan dengan itu, maka diputuskan bahawa calon dibenarkan membawa masuk kalkulator Casio fx570ES atau Casio
fx570MS ke dewan/bilik peperiksaan bagi kertas Additional Mathematics 1 dan 2 yang akan berlangsung pada hari Rabu, 25 November
2009.
UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
26 NOVEMBER 2009
Diterbitkan Oleh: Bahagian Hal Ehwal Korporat
Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia - Surat Pengarang

Maklumat lanjut: http://www.moe.gov.my